Rabu, 6 Mac 2013

Program Assessment Center PAC

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya x update blog nih...malas n xder aper yg nak dikongsikan pon...tp kali ni aku nak post pasai Program Assessment Center PAC untuk Gred S27 bagi Jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam...

Program ni sebenaqnya dianjurkan oleh SPA kalau koghang semua nak tau..dulu PAC ni untuk Pegawai sj...Gred 41...tp la ni untuk pen. peg pon dh kena wat selepas kita dh lulus exam sebelum dipanggil untuk interview. Kt PAC ni kita akan dinilai dari pelbagai sudut..antaranya dr sudut pakaian, cara kita berkomunikasi, setakat mn pengetahuan kita, n mcm2 lg..



haa...ni la tempat aku berassessment ritu...(curik kt google jew)

PAC yg aku p ni anjuran SPA kerjasama dengan JAKIM sebab pemarkahan majoriti JAKIM yg wt untuk pegawai agama.  Program ni JAKIM wt kt Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi pd 2 Mac 2013, baru2 ni la.. Masa aku dapat surat jemputan untuk assessment nih, punyalah gelabah pas tuh cari kt google klo2 ada la rujukan ka, calon-calon yg dh besa p ka, ada klue2 ka ckt kn...xdk langsung, yg adapon pon untuk pegawai PTD n Pegawai Hal Ehwal Islam...tp boleh la amik ckit..sebab tuh aku berazam mmg nak post kt sini bg mmbantu kot2 ada sapa2 yg dpt p PAC nnti, leh la rujuk cerita aku nih..

Ok...Tanggal 02 Mac 2013 pd jam 08.00pg ..hehe...cam suspen ja...mmg suspen..sebab masa aku sampai nk dftar pg tuh..aku tengok ramai calon-calon yg p nmpk cm semua hebat2 la...berbanding aku nih yg x seberapa kan...ustazah2nya yg bertudung labuh..ustaz2nya yg bersongkok bagai...kan..last2 depa xboleh pakai songkok..sbb oghang JAKIM x bg pakai. Kongang klo lepas nih dapat PAC JAKIM, xyh la nk bersongkok bagai, n pom puan xyh la nk berblazer bagai..mmg kena bukak.

Aku syak mungkin depa nk tengok rambut bg org laki la..n pompuan lak depa nk tengok tudung..labuh ka, pendek ka, jarang ka kn..tu semua markah tuh..The Moral of the story..klo p PAC bg jawatan nih...pakaila tudung yg labuh, n x jarang...hehe...

BEBEL LA PLAK!!!...ok..sambung cita daftar td...masa daftar tuh, ada 4 step, step 1 semua calon kena p check dokumen atau borang yg depa suh isi, pas tuh step ke 2 kena amik nombor yg besaq tuh..hehe...aku time tuh dapat nombor 49, pas tuh step ke3 kena p amik cabutan tajuk untuk pengucapan awam. Aku  dapat tajuk Amar Ma'ruf Nahi Munkar, bg org pompuan kena sampaikn tazkirah, pg calon lelaki plak kena sampaikan bentuk Khutbah, pas dapat ja tajuk apa lg...semua pakat duk google r. Pas tu step 4 kena serah salinan Diploma n Transkrip pada pihak JAKIM.

Dah selesai ja daftar, kami kena berkumpul di Dewan Utama, kt situ la kami kena briefing tentang perjalanan program sehari tuh...selesai sesi briefing, kami pon start xtvt pertama iaitu kena jawab soklan SPA (PENAKSIRAN PERSONALITI), soklan nih ada 94 soklan kena jawab dalam masa setengah jam...soklan ni simple ja...tentang peribadi kita ja.

pas tu kami teruskan la dengan xtvt kedua..xtvt berkumpulan...xtvt ni kami kena bentang permasalahan yg bertajuk Syiah. xtvt ketiga pon sama tp permasalah tanah kubur..termasuklah peranan sebagai pen. peg. hal ehwal islam nk selesaikan permasalahan berkaitan tanah kubur salah kiblat la, tanah kubur yg x cukup la, perluasan kawasan la n mcm2 lg la..xtvt keempat pulak sama jugak tp isu tentang mengkafan n solat n pengebumian jenazah yg dijumpai pihak polis mati kerana bunuh diri tp xder waris.. kelima, kami kena sampaikan pengucapan awam...time nih lain yg aku rancang..lain yg aku sampaikan..hehe...tetiba jd ketaq time tuh...yg paling best xtvt last iaitu Ujian Qiraah, aku ni pulun la ulang kaji balik hukum2 tajwid yg dah lma duk tinggal tuh...sampai x lena mlm..hehe...rupa-rupanya xdk pon kena tanya tajwid..hehe...tp xpa..ilmu tuh mmg kena tau pon...x rugi...hehe...

Habis la sudah sesi PAC ritu... otak pon dh letih sgt la petang tuh...duk ingt nk blik ja time tuh...x ingt dh...nk lulus ka ggal ka kan...tp yg penting sapa yg dpat p PAC nih...bacala isu semasa n isu2 yg berkaitan hal ehwal islam bnyak ckit...klo x korang lost n xtau nk bahas apa nnti...

Aku dh cuba sedaya upaya dh n Allah s.w.t sgt memudahkan segala urusan aku pada hari tuh, so, aku berdoa n berharap la semoga aku lulus, tp klo ggal sekalipon aku jd kan ni satu pengalaman...n klo pas ni dpt lg,,dh tahu apa yg kena ready...insyaallah...

Untuk sapa2 yang dapat PAC pas ni aku ucapkan selamat maju jaya la...Man Jadda Wajada..insyaallah...

Isnin, 18 Februari 2013

DOA DAN KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA

DOA & KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi). 
Menjaga solat dhuha maksudnya melakukan solat dhuha secara istiqamah, iaitu tidak meninggalkannya secara sengaja. Ganjarannya  ialah dihapuskan dosa kita walaupun sebanyak buih di lautan.

** Ya Allah...Engkau mudahkanlah urusanku untuk aku melaksanakan solat sunat dhuha ini setiap hari...Insyaallah..Amiinn....


DOA SEORANG ISTERI SOLEHAH

DOA SEORANG ISTERI....

Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..

Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..

Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..

Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..

Amin, Ya Rabbi Allamin.. :)

Amni Safiyyah

Tadaaa...
Suprise 2013 !!!..ni la our beautiful daughter...time ni baby baru ja kuar ke dunia ni pd 14 November 2012 seberat 2.60 kg jam 5.11 pg kt Azzahrah, Bangi...


 cer tengok muka cm sapa...mestila cm ibu...hehe...



Sekarang saya dh besar...Hehe...amni dh 4 bulan sekarang..suka sgt ngisap tgn..klo x dpt tgn tuh mmg mengamok...n kena ganti ngn puting...

WELCOME 2013..

SELAMAT DATANG TAHUN 2013!!!

Assalamualaikum n belom terlambat rasanya nak ucap menyambut tahun 2013 walopun dh bulan Februari 2013..hehe...Bila masuk ja tahun baru mula la dok pikiaq nk wt Azam baru..padahal azam tahun lepas pon ntah ke mana...;(...tp kita sebagai hamba Allah s. w.t..mestilah mau ka x mau ka..yg paling penting sekali adalah untuk berazam nk meng'up'kan keja amal ibadat n tambah ilmu agama..bukan apa kan..bila tahun meningkat..umo pon makin tua..time tuk beribadat n tobat pon dah makin singkat...so, JOMM la sama-sama kita meng'UP'kan kita punya amal ibadat...Insyaallah...